Tuesday, October 19, 2010

kijang

CARA PEMAKAIAN MINYAK WANGI

Di dalam kitab perubatan Islam berbahasa arab; 
“al Minhajul Qurani lii’laji as Sihri wal massi as Syaithani” 
karya Sheikh Usamah Muhammad al Audi, Mesir menyatakan
 satu teknik perubatan menggunakan teknik penggunaan minyak wangi:

“Kebanyakan jin benci kepada bau yang wangi kerana jin sangat 

menyukai bau yang busuk. Bau yang busuk sangat ‘menyegarkan’ 
jiwa dan secocok dengan naluri kejiinnan mereka.

Oleh itu teknik yang amat praktikal ini sangat mujarab untuk s

emua jenis gangguan terutamanya gangguan jin ‘asyiq’.
 Jin asyiq adalah jin yang berdamping dengan seseorang 
kerana jatuh cinta dengan manusia tersebut bahkan ada
 yang mendakwa telah berkahwin dengan pesakit!

Tekniknya adalah;
1.        Pesakit hendaklah sentiasa memakai minyak wangi di 
kemaluan depan dan belakang sama ada lelaki atau perempuan.
2.        Memakai minyak wangi pada semua pakaiannya
 terutamanya pada waktu tidur. Jangan sekali-kali tidur 
tanpa memakainya. Apabila hendak membasuh pakaian 
tersebut pakaian yang baru hendaklah dipakaikan minyak wangi
 dan pakailah pada waktu tidur.
Pesakit hendaklah memakai minyak wangi di ‘37’ point di 
tubuh badannya setiap malam. 
Point tersebut adalah:

1: Sapu pada ubun-ubun.
2: Belakang telinga kiri dan kanan.
20: Di semua hujung jari tangan dan kakinya.

 Antara kuku dan kulit.
2: Dua lubang hidung.
2: Dua lubang telinga.
2: Dua kening berdekatan mata.
1: Sekeliling mulut.
2: Dua puting payu dara.
2: Dua kemaluan depan dan belakang. 

(kubul dan dubur)
1: Lubang pusat.”
2: Leher kiri dan kanan.

Jika anda perhatikan semua point tersebut adalah rongga-rongga

 yang terdapat di tubuh badan kita. Inilah tempat masuk dan 
keluar makhluk jin ke dalam tubuh manusia.

Sekiranya jin ingin mendekati maka ia akan menjauhkan 

diri kerana bau wangi. Sekiranya ia telah ada di dalam tubuh badan,
 insya Allah ia akan keluar kerana tidak tahan
 dengan aura aroma bau wangi tersebut….

Adapun minyak wangi terbaik untuk tujuan ini adalah 

‘Rose Dimasyq,Kasturi Hitam dan Kasturi Putih..’ 
Lebih-lebih lagi kalau diruqyah / dijampi.
Insya'Allah..



Nabi Muhammad SAW bersabda “Sebaik-baik harum-haruman (buat kamu)
 ialah misk/kasturi.” (Shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud,
 Nasa’i dari jalan Abu Said al Khudriy).

No comments:

Post a Comment